Pelik Tapi Benar

Pelik tapi benar, inilah hakikat yang yang sedang hangat diperkatakan. Sarawak bermain cukup baik di tempat lawan. tapi lain pula ceritanya apabila beraksi di tempat sendiri. Selepas selesai 6 perlawanan, Sarawak mencatatkan dua kemenangan, satu seri dan tiga kekalahan.

Apa yang menariknya keputusan seri 1-1 ke atas T-Team dan menang 1-0 ke atas Pulau Pinang dicatatkan di tempat lawan. Baru sebentar tadi, Sarawak mencatatkan kemenangan 3-2 ke atas PKNS juga di tempat lawan.

Bagi penyokong Sarawak yang masih dahagakan kemenangan pertama di Stadium Negeri dalam kempen Liga Super 2017, pasti akan tertanya-tanya bagaimana pula pertemuan dengan JDT di tempat sendiri pada 28 Februari 2017 nanti. Adakah Sarawak mampu mengubah mitos ini ?

Sama-sama kita nantikan.

Foto: NST

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *