Sarawak Mesti Ada Keyakinan Untuk Menang!

Feb 27, di atas kertas segala-galanya memihak kepada JDT, pasukan yang dikatakan memiliki segala-galanya di persada tanahair. Boleh dikatakan beza antara Sarawak dan JDT bagai langit dan bumi. Bahkan sebahagian penyokong Sarawak sudah meramalkan kesudahan yang bakal menanti Sarawak esok.

Namun, apa sahaja perkara yang berlaku sebelum sepak mula di padang. lebih kepada perang psikologi. Jika Sarawak mampu mencatatkan keputusan yang baik dan mengejutkan di tempat lawan, kenapa pula benda yang sama tidak mampu diterjemahkan di laman sendiri ?

Zaman 90an kita pernah mencipta banyak kali kejutan apabila bertemu dengan gergasi bolasepak tanahair, baik di tempat lawan atau di tempat sendiri. Bertahun-tahun sudah kita menanti skuad Sarawak era moden ini kembali bangkit dan mencontohi perjuangan abang-abang mereka suatu masa dulu.

Ketepikan rasa takut atau rendah diri apabila berdepan dengan JDT apabila bertarung pada malam esok. Berbekalkan taktikal yang betul, semangat dan azam yang tinggi, dengan izin Tuhan, kita boleh mencatatkan kemenangan. Jangan menyerah kalah sebelum berjuang 90 minit. Usah memandang rendah kepada kemampuan diri sendiri.

Akhir kata, buat pemain, jika tidak sekarang, bila lagi mahu melakukan keajaiban yang akan dikenang sampai bila-bila ?

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *