Month: March 2017

[LBR 2017] Serian Perlu Menang Perlawanan Terakhir

Mac 29, Serian masih berpeluang untuk mara ke pusingan seterusnya jika menewaskan wakil Sabah, Keningau FA pada 8 April 2017, Perlawanan yang bakal menentukan hidup mati perjuangan Serian di kejohanan ini bakal berlangsung  di Kompleks Sukan Serian. Hanya dengan kemenangan saja mampu menghidupkan peluang Serian untuk mara suku akhir. Pada ketika ini, Serian bersaing hebat …

Ronny Cedera, Hairol Sedia Ambil Alih

Mac 31, perkembangan mutakhir persiapan menjelang Piala FA 2017 menyaksikan Sarawak terpaksa mengugurkan kapten pasukan Ronny Harun dari skuad utama kerana cedera. Ronny masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan di buku lali kirinya selepas beraksi untuk skuad Malaysia menentang Filipina tempoh hari. Situasi ini seterusnya memberi peluang kepada Hairol Mokhtar untuk beraksi buat kali pertama …

FAM Mahu Guna Teknologi VAR

Menurut info dari laman rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia, langkah ini bertujuan meningkatkan mutu pengadilan liga dan membolehkan pengadil melihat semula insiden yang kurang jelas di atas padang dalam memastikan keputusan yang diambil adalah tepat. VAR adalah sistem video yang membolehkan pengadil melihat semula insiden yang kurang jelas di atas padang dalam memastikan keputusan yang diambil …

Lagenda Bujang Senang

Nama Bujang Senang sering dikaitkan dengan pasukan bolasepak Sarawak dan menjadi maskot kebanggaan apabila bertarung di liga tertinggi negara kita Cerita mengenai buaya raksasa menghuni sungai-sungai di Sarawak bukanlah kisah dongeng bahkan nama Bujang Senang masih digeruni hingga kini. Kemunculan semula Bujang Senang, buaya jantan yang dipercayai oleh masyarakat tempatan berukuran 20 kaki panjang (enam meter) dan …

Harapan Baru Dibawah DYAM TMJ

Akhirnya perlumbaan sudah pun sampai ke garisan penamat. DYAM TMJ sah menerajui FAM sambil dibantu oleh Datuk Subahan Kamal dan Datuk Yusuf Mahadi sebagai timbalan presiden. Sebagai rakyat Malaysia dan rakyat Sarawak khasnya, kita sememangnya menunggu detik ini untuk direalisasikan dan akhirnya tertunai juga permintaan kita untuk menyaksikan FAM dikendalikan oleh tampuk kepimpinan yang baru …

Manifesto TMJ

MANIFESTO DYAM TMJ : BOLA SEPAK ADALAH MILIK RAKYAT Berikut adalah gambaran keseluruhan perkara-perkara yang menjadi keutamaan saya dalam menyelamatkan sukan bola sepak Malaysia sekiranya saya menjadi Presiden FAM. Manifesto yang diperincikan di bawah telah dikaji dengan penuh teliti melalui perundingan, penyelidikan dan pengalaman serta menetapkan beberapa objektif utama sebuah organisasi diketuai oleh saya yang …

Tan Sri Annuar Musa tarik diri – TMJ bakal di umum Presiden FAM yang baru?

Perkembangan terkini perebutan tampuk kepimpinan FAM nampak kian menyebelahi Tengku Mahkota Johor (TMJ) apabila pencabar beliau Tan Sri Annuar Musa telah mengadakan sesi media untuk menarik diri daripada pertandingan 2 hala ini. Berikut adalah kenyataan beliau di Facebook milik beliau pagi tadi: Saya telah menerima pencalunan bagi JAWATAN PRESIDEN FAM dan telah di sahkan akan …

Dubai Cup 2017, Malaysia B-23 Seri 1-1 Menentang China B-23 – Shamie Iszuan Direhatkan

Isnin, 20 March 2017 Pasukan Bawah 23 Malaysia berjaya mengikat Pasukan Bawah 23 China 1:1 dalam perlawanan pertama Piala Dubai 2017. Dalam perlawanan yang seimbang, pasukan China membuka jaringan dengan sepakan penalti Jun Sheng pada minit ke 68 perlawanan. N Thanabalan yang menggantikan Shamie Iszuan dalam kesebelasan utama sejurus sebelum perlawanan akibat kecederaan ringan bukulali …