Kualiti Membawa Perbezaan

Jurulatih Sarawak, David Usop dalam temuramah selepas tamat perlawanan menyatakan yang perbezaan kualiti pemain memainkan peranan besar dalam keputusan malam ini. Perlawanan tersebut di menangi oleh pasukan JDT dengan jaringan 2-0.

Bagi David, barisan tengah Sarawak gagal menyaingi barisan tengah JDT yang diketuai oleh Safiq Rahim yang menyebabkan mereka lebih ‘mengejar bayang’ dan akhirnya keletihan sehingga melakukan banyak hantaran yang kurang tepat kepada rakan sepasukan yang lain.

Beliau juga menjelaskan yang Sarawak seharusnya memperolehi sekurang kurangnya satu sepakan penalti apabila Mateo Roskam dijatuhkan dalam kotak penalti namun terpaksa menerima keputusan pengadil kerana bagi beliau jika penalti tersebut dianugerahkan, sudah pasti akan ada ‘turning point’ untuk pasukannya.

Beliau memuji kesungguhan anak buahnya yang berusaha sedaya upaya untuk menyaingi pasukan JDT namun akur akan kelebihan kualiti yang dimiliki pasukan lawan.

There is only you and your camera. The limitations in your photography are in yourself, for what we see is what we are.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *