Piala FA 2017: Jangan Lepaskan Peluang Untuk Menang

Sarawak tidak ada pilihan kecuali mesti menang petang ini, jika Sarawak tewas kepada Perlis petang ini, maka sudah boleh dianggap satu malapetaka. Perlis tidak pernah mencatatkan  sebarang kemenangan dalam Liga Premier selepas 8 perlawanan. Satu-satunya kemenangan yang dicatatkan ialah dalam Piala FA 2017 menewaskan PDRM dengan jaringan 1-0.

Namun, Sarawak sendiri cukup goyah selepas dua perlawanan, dua perlawanan tanpa jaringan. Manakala, barisan pertahanan terus menerus memberi gol mudah kepada lawan. Selepas 9 perlawanan (termasuk menentang Mifa-Misc), sudah cukup untuk mengetahui apa yang baik dan buruk untuk pasukan.

Liga Super dan Piala FA adalah antara kejohanan tertinggi di negara kita, maka tekanan setiap pasukan pada peringkat ini juga cukup tinggi. Maka jangan hairan, setiap kali tewas atau prestasi tidak menentu, kritikan bertubi-tubibi tanpa belas kasihan akan dilontarkan. Bagi para penyokong, sukan bolasepak umpama maruah negeri dan negara.

Seperti yang pernah diperkatakan sebelum ini, para penyokong melihat kepada keputusan akhir sesuatu perlawanan iaitu MENANG dan KONSISTENSI.

Buat para pemain dan jurulatih, kembalikanlah sinar bolasepak Sarawak.

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *