Kenali Akademi Tunas NFDP

Tak Kenal Maka Tak Cinta……

Apa itu Akademi Tunas NFDP ( National Football Development Programme/ Program Pembangunan Bolasepak Negara )?

Akademi Tunas merupakan akademi akar umbi untuk kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun.

Tujuan penubuhannya adalah:

Memberi pendedahan awal latihan yang bersistematik melalui kaedah ball mastery,
meningkatkan kemahiran pemain dalam aspek teknikal
memberi pendedahan perlawanan dan pertandingan iaitu sistem bermain, prinsip bertahan, prinsip bertahan dan juga aspek bermain secara kumpulan dan berpasukan.
Setiap kategori umur pemain di pusat latihan terdiri dari 20-25 pemain.

Latihan pula dijalankan:

3 kali seminggu iaitu pada waktu petang hari persekolahan
2 kali seminggu di hujung minggu untuk internal tournament atau perlawanan persahabatan dengan kelab dan akademi persendirian.
Latihan pula dikendalikan oleh jurulatih yang berkelayakan sekurang-kurangnya lesen C.

Kebiasaannya, Akademi Tunas ini ditubuhkan di sebuah sekolah rendah di setiap daerah. Matlamat NFDP adalah untuk menubuhkan hingga 150 Akademi Tunas di seluruh negara (untuk setiap 150 daerah di Malaysia) menjelang tahun 2020.

Hala Tuju

Pemain-pemain yang bagus akan direkomendasi oleh jurulatih untuk dimasukkan ke Pusat Latihan Daerah, Sekolah Sukan Negeri, Sekolah Sukan Malaysia dan seterusnya – jika mereka betul-betul elit – ke Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD).

Modul latihan NFDP yang bersifat holistik bukan sahaja akan mengajar anak-anak mereka menjadi pemain bola sepak. Malah menjadi insan yang berguna tanpa mengira profesion yang bakal mereka ceburi.

Credited to PDZ Zaim Zen

-Mohd Sapian Mohd Kassim-
– JSM AT4 Samarahan ( Under 12 ) –

#TeamNFDP
#NFDPMalaysia
#NFDPSarawak

There is only you and your camera. The limitations in your photography are in yourself, for what we see is what we are.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *