Sharbinee Allawee Menghidap Kanser

Menurut laporan dari artikel di laman Facebook FourFourTwo Malaysia, bekas penjaga gol kebangsaan dan Terengganu ini menghidap kanser dan namanya terpaksa di keluarkan dari senarai pasukan Liga Perdana Terengganu musim ini. Tempat beliau digantikan oleh Suffian Abdul Rahman yang pernah menyarung jersi pasukan Sarawak.

Di awal musim, Sharbinee ada menunjukkan tanda yang beliau sentiasa kurang sihat dan dikatakan mengalami jangkitan kuman di paru-paru namun setelah pemeriksaan rapi dilakukan, beliau di sahkan menghidap kanser dan perlu menjalani rawatan yang menyebabkan jurulatih Terengganu Irfan Bakti mengeluarkan namanya dari senarai pasukan.

Buat Sharbinee Allawee, kami mendoakan supaya anda cepat sembuh.

Sumber : http://www.fourfourtwo.com/my/features/mpl-review-negeri-hit-ground-running

There is only you and your camera. The limitations in your photography are in yourself, for what we see is what we are.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *