Dubai Cup 2017, Malaysia B-23 Seri 1-1 Menentang China B-23 – Shamie Iszuan Direhatkan

Isnin, 20 March 2017

Pasukan Bawah 23 Malaysia berjaya mengikat Pasukan Bawah 23 China 1:1 dalam perlawanan pertama Piala Dubai 2017.

Dalam perlawanan yang seimbang, pasukan China membuka jaringan dengan sepakan penalti Jun Sheng pada minit ke 68 perlawanan.

N Thanabalan yang menggantikan Shamie Iszuan dalam kesebelasan utama sejurus sebelum perlawanan akibat kecederaan ringan bukulali yang dialami Shamie, menjaringkan gol penyamaan Malaysia pada minit ke 90 perlawanan.

Shamie dijangka berehat selama 3 hari untuk memastikan kecederaan ringannya pulih 100%.

Ini untuk memastikan Shamie berada pada prestasi terbaik untuk menentang Thailand pada 23.3.2017.

Gambar Ihsan: www.harimaumalaya.my

A football junkie…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *