Manifesto TMJ

MANIFESTO DYAM TMJ : BOLA SEPAK ADALAH MILIK RAKYAT

Berikut adalah gambaran keseluruhan perkara-perkara yang menjadi keutamaan saya dalam menyelamatkan sukan bola sepak Malaysia sekiranya saya menjadi Presiden FAM.

Manifesto yang diperincikan di bawah telah dikaji dengan penuh teliti melalui perundingan, penyelidikan dan pengalaman serta menetapkan beberapa objektif utama sebuah organisasi diketuai oleh saya yang akan berusaha untuk mencapainya pada tahun-tahun mendatang. Sebaik sahaja inisiatif ini dapat dilaksanakan dengan jayanya, ia akan memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan bola sepak di negara ini.

Rakyat Malaysia telah menyaksikan sendiri dalam tempoh empat tahun yang lalu, kejayaan dan kemajuan JDT telah dicapai di bawah kepimpinan saya dan kini masanya untuk kemajuan ini dilakukan di seluruh negari.

1. Memastikan bahawa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak digunakan untuk kepentingan politik.

• Memastikan bola sepak tidak jatuh ke tangan orang-orang yang akan menggunakan permainan bola sepak ini atas sebab-sebab politik.

• Memastikan FAM tidak digunakan sebagai hab kewangan untuk mengagihkan wang bagi kempen politik.

• Kesemua kita, termasuk saya sendiri telah menderita selama 31 tahun, jika jawatan Presiden jatuh ke tangan orang yang salah, kita semua akan menderita lagi selama 30 tahun. Jawatan Presiden FAM tidak boleh digunakan sebagai platform untuk ahli politik berkempen bagi pilihan raya.

2. Mengubah budaya bola sepak Malaysia. FAM dirombak sepenuhnya, dimana ia telah terbelenggu selama lebih tiga dekad.

• Sebelum ini, pihak berkepentingan mungkin tidak memahami atau sedar mengenai keputusan-keputusan tertentu dan perancangan masa depan mengenai bola sepak. Tetapi sebagai Presiden, seperti apa yang saya telah lakukan dengan jayanya di JDT, saya boleh membantu dengan menyampaikan mesej dan rancangan secara terus kepada rakyat melalui sesi bersama penyokong di seluruh negara. Sebagai presiden FAM yang baru, budaya sedia ada akan berubah.

• Saya akan mengadakan mesyuarat Exco FAM di seluruh negeri secara bergilir-gilir, dengan Sabah telah diwartakan sebagai negeri yang pertama. Pada masa ini, mesyuarat jawatankuasa diadakan secara eksklusif hanya di Wisma FAM. Perubahan ini dilakukan untuk memberi peluang kepada ahli jawatankuasa untuk menyaksikan apa yang sebenarnya sedang berlaku di negeri tersebut, peluang untuk memantau kemudahan fasiliti, program akar umbi, kewangan dan standard yang sepatutnya di Persatuan Bola Sepak Negeri (FA) atau kelab. Dalam lawatan tersebut, satu sesi perbincangan bersama penyokong akan diadakan untuk memberi semua pihak peluang untuk menyuarakan pendapat mereka, kebimbangan atau rasa ketidakpuashatian, kerana ini adalah sukan untuk rakyat!

• Ini adalah satu peluang untuk mengubah wajah bola sepak tempatan, bahkan ramai rakyat Malaysia telah menuntut pembaharuan dilakukan sejak 30 tahun yang lalu.

• Sebagai Presiden, saya akan merapatkan jurang antara bola sepak Malaysia dengan penyokong kerana ini adalah satu keperluan untuk memberi penyokong peluang memainkan peranan yang lebih besar dalam proses memgembangkan sukan ini.

• Ini akan menjadi satu syarat buat persatuan bola sepak negeri dan kelab-kelab untuk melibatkan penyokong, seperti yang telah terjadi di JDT. Inilah sebabnya mengapa sebagai Presiden, saya akan bekerjasama erat dengan semua persatuan bola sepak negeri untuk membantu mengubah mentaliti mereka.

3. Pembaharuan Urus Tadbir dan Pentadbiran – Untuk mengubah struktur organisasi kebangsaan

• Saya akan memastikan masalah-masalah yang dipersoalkan oleh semua orang mengenai FAM – salah pengurusan dana, kekurangan profesionalisma, isu-isu integriti, kekurangan semangat, rasuah dan pilih kasih – akan diperbetulkan. Ramai pihak telah menyatakan rasa tidak puas hati mereka bagaimana FAM diuruskan. Banyak persoalan yang ditanyakan tentang pengurusan tertinggi FAM.

• Pembetulan pertama yang akan dilakukan adalah untuk menyatakan masalah dalam pengurusan dan struktur pembuat keputusan dalam bola sepak Malaysia. Struktur FAM akan dirombak untuk memenuhi kehendak semasa dunia bola sepak moden.

• Saya sebagai Presiden akan memastikan pembaharuan pengurusan dan pentadbiran dilaksanakan di semua peringkat supaya dapat menyediakan infrastruktur pengurusan yang menyokong pertumbuhan dan potensi permainan.

4. Meminda Perlembagaan

• Saya akan bekerjasama dengan ahli-ahli Exco untuk meminda perlembagaan FAM bagi memastikan para penyokong mempunyai kuasa untuk memilih presiden dan bukannya ahli kongres. Bola sepak adalah milik rakyat dan saya percaya bahawa rakyat perlu memilih presiden dan bukannya kongres sedia ada.

• Saya akan mengubah cara pemilihan Presiden daripada hanya dipilih oleh ahli gabungan sahaja dan akan mencadangkan pada masa akan datang, penyokong dan orang ramai yang diberi kuasa untuk menjadi faktor penentu pemilihan.

• Kongres tersebut boleh mengundi semua jawatan lain tetapi bagi apa-apa peranan penting seperti Presiden FAM ini harus diserahkan kepada rakyat.

• Peranan Presiden FAM bukan berkonsepkan sistem diktator, ini satu peluang untuk kita semua mengubah bola sepak kita supaya cucu-cicit kita akan berterima kasih kepada kita. Saya berada di sini adalah untuk berkhidmat, meninggalkan legasi dan menyediakan struktur organisasi yang akan membawa kepada kebangkitan bola sepak Malaysia dari zaman suram.

5. Meningkatkan nilai komersial Liga Super dan Liga Premier

• Hasil daripada hak-hak penyiaran televisyen serta internet dan perkongsian komunikasi mudah alih adalah penyumbang utama kepada pembangunan bola sepak di semua negara terkemuka di dunia, malangnya ini tidak berlaku di Malaysia. Terdapat potensi yang cukup besar di Malaysia tetapi isu integriti sepanjang 30 tahun telah disalah urus menyebabkan penaja mencari pelaburan yang lumayan di negara-negara lain.

• Di bawah kepimpinan saya, akan ada strategi dan dasar yang dilaksanakan untuk memastikan kita membuang isu-isu integriti dan memperkenalkan amalan profesionalisma terbaik dunia dan pengurusan dalam semua aspek persaingan kebangsaan.

• Ini bukan sahaja untuk menghasilkan produk yang lebih baik tetapi untuk tujuan mendapat kepercayaan daripada syarikat-syarikat multi nasional dan/atau tempatan yang sedang menunggu untuk melabur dalam sukan ini.

6. Pembangunan Permainan – Keseluruhan Program Pembangunan Bola Sepak Malaysia

• Lesen kelayakan untuk kesemua pasukan dalam Liga Super bagi menubuhkan akademi dan program pembangunan belia perlu selaras dengan garis panduan yang ditetapkan FMLLP dan Bahagian Teknikal FAM.

• Penubuhan struktur pertandingan kebangsaan untuk setiap program akademi.

• Penubuhan garis panduan yang jelas bagi membentuk pemain berbakat di seluruh negara. Ini adalah untuk memastikan kelancaran perjalanan pemain muda berbakat dalam negara sepanjang perkembangan bola sepak mereka.

• Penubuhan garis panduan yang jelas bagi membentuk jurulatih berbakat di seluruh negara. Garis panduan ini termasuk mengadakan program biasiswa pembangunan profesional untuk jurulatih yang telah dikenalpasti.

• Saya sebagai Presiden FAM akan memudahkan rangkaian efektif antara kelab dan sekolah dalam pembangunan pemain dan jurulatih di sekolah.

• Penubuhan Pelan Pembangunan Futsal Nasional akan memberi fokus terhadap persepaduan lebih efektif dengan program pembangunan pemain muda. Saya akan bekerjasama dengan kesemua pihak yang berkepentingan bagi menggalakkan rangkaian lebih erat antara bola sepak padang dan pasukan Futsal serta pusat Futsal.

• Bekerjasama dengan bahagian tertentu dalam kerajaan bagi mengenalpasti strategi dan aktiviti bagi memastikan golongan kurang upaya juga dapat terlibat dalam bola sepak. Saya akan memastikan FAM mewujudkan rangkaian kukuh bersama organisasi melibatkan golongan kurang upaya.

• Saya akan bekerja dengan pihak yang berkepentingan untuk memastikan agar semua golongan wanita/perempuan diberi lebih sokongan dan peluang untuk berkecimpung dalam bidang bola sepak.

7. Pendekatan global dalam pembangunan bola sepak di Malaysia: Kepakaran antarabangsa dan perancangan pengambilalihan

• Terdapat satu pepatah dalam bola sepak iaitu apabila anda masih berada di tampuk yang sama dalam pembangunan bola sepak maka anda akan ketinggalan. Keadaan semasa pasukan kebangsaan mencerminkan keadaan 30 tahun lalu yang masih berada di tampuk yang sama dan begitu ketinggalan.

• Sementara kita masih tidak berubah, negara-negara seperti Jepun, Korea Selatan, Australia dan Thailand pula telah berkembang dengan pesat. Kita semua pasti mengingati hari sewaktu kita mampu bersaing setanding dengan negara-negara ini tetapi malangnya perkara ini tidak berlaku lagi.

• Kami mempunyai pemain muda dan jurulatih yang berbakat di Malaysia tetapi apa yang mereka semua perlukan adalah laluan pembangunan yang sama seperti yang telah disediakan oleh kelab bola sepak terkemuka di dunia. Ini termasuklah aspek pendidikan jurulatih, program pembangunan belia yang sesuai dan persekitaran persaingan yang diperlukan.

• Dibawah pentadbiran saya sebagai presiden, kami akan tahu dimana tahap kami untuk dibandingkan dengan pesaing dan apa yang perlu dilakukan untuk bersaing semula.

• Di JDT, saya telah memulakan proses ini dengan mengadakan kerjasama dengan beberapa organisasi bola sepak terkemuka dari seluruh dunia dan di bawah kepimpinan saya, ‘blueprint’ semasa ini akan dikongsi dan kemudian saya akan bekerjasama dengan semua pihak yang berkepentingan untuk melaksanakan ‘blueprint’ tersebut di seluruh negara.

• Perkara ini pada mulanya akan melibatkan kepakaran luar negara tetapi akan menjadi sebahagian daripada pelan induk – perancangan pengambilalihan yang sama dengan apa yang telah dilaksanakan dengan jayanya di Jepun dan Australia. Majoriti tenaga kejurulatihan dan peranan teknikal mereka kini dikuasai oleh warga tempatan.

8. Penstrukturan semula pasukan kebangsaan

– Pasukan kebangsaan akan mempunyai struktur pengurusan di mana Ketua Pegawai Eksekutif sendiri yang perlu melaporkan terus kepada Presiden. Tiada penglibatan daripada Timbalan Presiden atau Setiausaha Agung.

9.Program Pembangunan Pengadil

• Pegawai-pegawai perlawanan dalam bola sepak di Malaysia memberi sumbangan penting dalam perlawanan, sepertimana para jurulatih, amat penting untuk bola sepak menarik perhatian dan menyokong latihan serta pembangunan mereka agar dapat bekerja dengan efektif. Jelas bahawa para jurulatih serta kakitangan sokongan perlu bertugas sepenuh masa di dalam perlawanan, saya akan memberi penerangan terperinci tentang sistem pengadilan di Malaysia dan akan membina satu proses di mana pengadil-pengadil kita juga boleh mempunyai karier sepenuh masa yang berdaya maju di dalam pengadilan perlawanan.

10. Fasiliti-fasiliti

• Kekurangan kemudahan-kemudahan fasiliti yang sewajarnya dan pengurusan kemudahan di seluruh negara adalah satu cabaran utama untuk pembangunan bola sepak di Malaysia.

• Saya sebagai Presiden akan bekerjasama dengan semua pihak yang berkepentingan bagi memastikan fasiliti negara menyokong pembangunan teknikal perlawanan di bawah kepimpinan baginda.

11. Pendekatan dalam melakukan semua tugasan

• Sebagai Presiden FAM, keutamaan saya bukan sahaja tertumpu kepada pasukan kebangsaan, tetapi seperti apa yang telah anda semua saksikan di JDT, keseluruhan struktur bola sepak adalah perkara yang perlu dirombak.

• Saya akan menjadi presiden yang melakukan kesemua tugas dan kepimpinan serta pengetahuan saya tentunya banyak membantu semua pihak yang berkepentingan dalam proses perubahan penting ini.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

——

MY MANIFESTO : FOOTBALL BELONGS TO THE PEOPLE

The following provides an overview of my priorities to save Malaysian football upon becoming President of FAM.

The Manifesto detailed below has been carefully engineered through consultation, research and experience and sets out some key objectives that my organisation will be striving to achieve over the coming years. Once these initiatives are properly implemented, they will contribute significantly to the development of football in this country.

The people of Malaysia have witnessed first hand over the past four years the success and progress of JDT under my leadership, now its time for this progress to be made nationwide.

1. Ensure that the Football Association of Malaysia (FAM) is not used for political mileage

• Ensuring that football doesn’t fall into the hands of people who would use the game for political reasons.

• Ensuring that FAM isn’t used as a financial hub to distribute money for political campaigns.

• All of us, including myself, have suffered for 31 years now. If the position of President falls into the wrong hands, we will all suffer for another 30 years. The position of FAM President should never be used as a platform for politicians to campaign for the elections.

2. Cultural change throughout Malaysian football. Completely overhaul the FAM, which has been in the doldrums for three decades.

• In the past, stakeholders may not have understood or even been aware about certain decisions and future plans about football. But as President, as I have done so successfully at JDT, I can help by relaying the messages and plans directly to the people through my nationwide fan consultation seminars. As the new FAM President, the culture will change.

• I will have FAM Exco meetings all over the country on a rotational basis, with Sabah being earmarked to be the first venue. Currently the committee meetings are held exclusively at Wisma FAM. The change is designed to give the committee the opportunity to witness what is actually happening around the country, a chance to monitor the facilities, grassroots programs, finances and standards at respective Football Associations (FAs) or clubs. It’s during these visits that the fan consultation sessions will be held to give all stakeholders a chance to voice their opinions, concerns or grievances. This is the people’s game!

• This is an opportunity to change the face of the local football scene, whereby many Malaysians have been demanding reforms for the past 30 years.

• As President, i will bridge the gap between Malaysian football and its fans as there is a need to provide fans the opportunity to play a bigger role in the process of growing the game.

• There will be a requirement for state FAs and clubs to engage fans, like has been happening at JDT. This is why as President, I will work closely with all state FAs to help change the mentality.

3. Governance and Administrative reform – changing the structure of the national body

• I will ensure that the problems that everyone continuously speaks about in FAM – mismanagement of funds, lack of professionalism, integrity issues, lack of passion, corruption and favouritism – will be corrected. A lot of people have expressed their unhappiness at how FAM is structured. A lot of questions are being asked of FAM’s top management.

• The first correction that will be to address the problem of the management and decision -making structure within Malaysian football. FAM’s structure will be revamped in order to meet the current modern demands of the footballing world.

• As President, I will ensure that governance and administrative reforms are undertaken at all levels so that the game provides the Governance infrastructure to support the game’s growth and potential.

4. Amend the constitution

• I will work with the Exco members to amend the FAM constitution to ensure that supporters have the power to elect the president instead of congress members. Football belongs to the people and I believe that the people should choose the President instead of the current congress.

• I will facilitate a move away from the President being elected only by affiliates and will move to propose that in the future, fans and the public will be empowered to be the deciding factor.

• The congress can choose all other posts but for such a crucial role as the FAM President, this should be up to the people.

• The role of FAM President is not a dictatorship, but an opportunity for us all to change our football so that our grandchildren can be thankful. I am here to serve, leave a legacy and provide an organisational structure that will lead to Malaysian football awakening from its slumber.

5. Increase the commercial value of the Super League and Premier League

• Revenue from television broadcasting rights as well as internet and mobile communication partnerships are major contributors to the development of football in all top football nations in the world, unfortunately this is not the case here in Malaysia. There is huge potential in Malaysia but integrity issues alongside 30 years of mismanagement has resulted in this lucrative market seeking investment opportunities in other countries.

• Under my leadership, there will be strategies and policies implemented to ensure that we remove the integrity issues and introduce the world’s best practice professionalism and management in all aspects of the national competition.

• This is not only to produce a better product but for the purpose of gaining trust from those multi national and/or local companies who are waiting to invest in our game.

6. Game Development – Whole of Malaysia Football Development Program

• A licensing requirement to be that every team in the Super League is to have an Academy and youth development program in line with the FMLLP and FAM Technical Department guidelines.

• The establishment of a nationwide competition structure for each Academy program.

• The establishment of a clearly defined nationwide talented player development pathway. This is to ensure a seamless journey for the country’s young talented players throughout their football development.

• The establishment of a clearly defined nationwide talented coach development pathway. This pathway to include a scholarship professional development program for identified coaches

• I, as FAM President will facilitate more effective links between clubs and schools in the development of players and coaches at school.

• The establishment of a National Futsal Development Plan that will focus on a more effective integration with the national young player development program. I will work with all stakeholders to encourage closer links between outdoor football and Futsal teams and Futsal centres.

• To work with the respective government departments to identify strategies and activities that will ensure that people with disabilities can become more involved in football. I will ensure that FAM establishes strong links with disability organisations.

• I will work with stakeholders to ensure that all women and girls are provided with more support and opportunities to participate in football.

7. Global Approach To The Development of Football In Malaysia : International Expertise And Succession Planning

• There is a saying in football that the moment you stand still in football development you will be left behind. The current state of our National team reflects the past 30 years of standing still and living in the past.

• While we have been standing still, the likes of Japan, South Korea, Australia and Thailand have progressed significantly. We all remember the days when we could compete on par with these countries but sadly this is no longer the case.

• We have talented young players and coaches in Malaysia but what they all need is a similar development pathway that the top football nations are providing. This includes amongst other aspects coach education, appropriate youth development programs and the necessary competition environment.

• Under my Presidency, I will first collectively acknowledge where we are compared to our competitors and what needs to be done to start moving again.

• At JDT, I started this process by collaboration with some of the top football organisations from around the world and under my leadership, this current blueprint will be shared and then I will work together with all stakeholders to implement a nationwide blueprint.

• This initially involves foreign expertise but will be a part of the master plan – a succession plan similar to what Japan and Australia have implemented with great success. The majority of their key coaching and technical roles are now occupied by locals.

8. National Team Restructure

• National team to have a management structure with its own CEO that reports directly to thr President. No involvement from Deputy Presidents or Secretary General.

9. Referee Development

• Match officials in football in Malaysia make an important contribution to the game, like coaches, it is vital that football attracts and supports their training and development in order for them to officiate effectively. Coaches and their support staff are employed full time in the game for obvious reasons. I will conduct a major review of refereeing in Malaysia and establish a process where our referees can also have a viable full time career in match officiating.

10. Facilities

• Lack of appropriate facilities and the management of nationwide facilities is a key challenge for football development in Malaysia.

• I, as President will work together with all stakeholders to ensure the nation’s facilities support the technical development of the game under my leadership.

11. Hands On Approch

• As President of FAM, my priority will not only be focused on the national team, but just as you’re all witnessing at JDT, the entire football structure is what needs to be revamped.

• I will be a very hands on President and every leadership and knowledge will greatly assist all stakeholders during this important change process.

HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor

Kepada Allah Kami Berserah
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth

Kredit : Johor Southern Tigers

There is only you and your camera. The limitations in your photography are in yourself, for what we see is what we are.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *