Harapan Baru Dibawah DYAM TMJ

Akhirnya perlumbaan sudah pun sampai ke garisan penamat. DYAM TMJ sah menerajui FAM sambil dibantu oleh Datuk Subahan Kamal dan Datuk Yusuf Mahadi sebagai timbalan presiden.

Sebagai rakyat Malaysia dan rakyat Sarawak khasnya, kita sememangnya menunggu detik ini untuk direalisasikan dan akhirnya tertunai juga permintaan kita untuk menyaksikan FAM dikendalikan oleh tampuk kepimpinan yang baru dan berevolusi tinggi.

Perkara pertama yang dilaksanakan oleh Tuanku tanpa menunggu lama ialah melantik bekas pengendali Jdt, Mario Gomez menjadi jurulatih baru Malaysia menggantikan tempat Datuk Ong Kim Swee yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan pasukan B22 Malaysia sementara nasib jurulatih B22 kini, Frank Bernhardt belum lagi diputuskan.

Namun itu adalah hanya antara perkara-perkara sampingan yang diputuskan oleh Tuanku kerana cabaran lebih besar lagi untuk merevolusikan bolasepak negara disamping kerja ‘pembersihan’ menjadi agenda paling utama dan perlu diberi perhatian serius jika kita ingin melihat kejayaan jangka panjang bolasepak Malaysia.

Liga Malaysia juga perlu ada pembaharuan ataupun nafas baru dan pengalaman TMJ yang terbabit secara langsung bersama Jdt akan mampu membimbing pasukan ataupun kelab-kelab yang lain menuju penswastaan seperti mana pasukan ataupun kelab-kelab lain di dunia ini selain masalah hak penyiaran Liga Malaysia.

Untuk Sabah dan Sarawak, umum mengetahui kita terpaksa berbelanja lebih dari pasukan di semenanjung Malaysia dek kerana kos pengangkutan yang tinggi kerana kapal terbang merupakan pengangkutan utama untuk pasukan Malaysia Timur ke tanah semenanjung. Oleh kerana itu subsidi yang diberi perlu berdasarkan perbelanjaan sesebuah pasukan tidak seperti yang diamalkan oleh pengurusan lama FAM sebelum ini.

Buat DYAM TMJ, selamat bertugas dan selamat maju jaya dari kami.

 

There is only you and your camera. The limitations in your photography are in yourself, for what we see is what we are.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *