Month: April 2017

[Piala Belia 2017] Sarawak Ikat Pendahulu Liga SSMP

April  30, meskipun belun pulih daripada mengharungi perjalanan semalam,skuad belia pimpinan Safri Amit berjaya mengikat pendahulu liga SSMP dengan keputusan 0-0 di Kuantan. Menerusi perbualan dengan jurulatih Safri Amit sebentar tadi, Sarawak bermula agak lesu di separuh masa pertama. Sarawak berjaya mendapat rentaknya di separuh masa kedua. Pemain terbaik untuk perlawanan hari ini ialah penjaga …

[Liga FAM 2017] Kuching FA Mahu Mata Penuh

April 30,Kuching FA mahukan tiga mata penuh apabila bertemu dengan Terengganu City FC petang ini di Stadium Negeri Sarawak. Menurut penolong jurulatih Kuching FA, Shahrizan Sahari, perlawanan ini penting bagi menebus kekalahan kepada pasukan yang sama minggu lepas. Bermain di tempat sendiri serta tanpa sebarang kecederaan pemain utama akan menjadi satu kelebihan buat pasukan tuan …

All The Best To Serian FA – Kuching FA

April 30, “All The Best To Serian FA”, begitulah kata-kata penolong jurulatih Kuching FA Sharizan Sahari untuk pasukan Serian FA  Shahrizan merupakan jurulatih yang berjaya mengemudi Kuching FA menjadi juara Liga Bolasepak Rakyat edisi pertama. Beliau berharap Serian FA dapat melangkah ke perlawanan akhir dan seterusnya meneruskan kesinambungan pasukan dari Sarawak menjadi juara. Kejayaan ini amat penting …

Tiada Perancangan Ambil Import Baru-Dato Posa

April 30, Presiden Bolasepak Sarawak Dato Posa Majais menegaskan pihaknya tidak akan mengambil pemain import baru menjelang jendela perpindahan pada 15 Mei ini nanti. Bagi beliau, adalah lebih baik terus mempertaruhkan kudrat pemain tempatan yang dilihat lebih menyerlah daripada pemain import. Keadaan ini juga akan memberi ruang lebih kepada jurulatih David Usop menurunkan lebih banyak …

Separuh Akhir LBR 2017: Serian Cari Bekalan Selesa Bertemu Bachok

April 28, Serian FA akan menjadi tuan rumah kepada Bachok FA pada perlawanan pertama separuh akhir Liga Bolasepak Rakyat 2017. Perlawanan dijangka akan berlangsung di Kompleks Sukan Serian pada 30 April 2017 jam 400 petang. Manakala dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, Keningau FA akan bertemu dengan Gua Musang pada hari ini. Perlawanan separuh akhir kedua …