[PIALA FA] Sarawak Ikat Terengganu 1-1

April 1, Sarawak berjaya mengikat Terengganu dengan keputusan seri 1-1 dalam perlawanan pertama suku akhir Piala FA 2017 sebentar tadi.

Terengganu bagaimanapun berjaya mendahului Sarawak menerusi jaringan Federico Matias Falcone yang menanduk masuk hantaran Faris Danial pada minit ke 21. Perlawanan yang boleh dilihat agak seimbang dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, namun menyaksikan Terengganu lebih banyak mendominasi perlawanan.

Pemain Terengganu Feris Danial, Mohd Faiz dan Ridzuan banyak mengkucar kacirkan pasukan Sarawak,. Dua penyerang utama Sarawak Mark Hartmann dan Roskam tidak banyak mendapat bola, kurang sokongan dari midfield yang diterajui oleh Shahrol Saperi dan Lee Jong Ho.

Sarawak berjaya menyamakan kedudukan di separuh masa kedua pada minit ke 52. Bermula dari sepakan percuma oleh Mark Hartmann, Le Jong Ho berjaya menjaringkan gol akibat keadaan kelam kabut di kawasan penalti Terengganu.

Kemasukan Awang Kamaruddin dan Nur Shamie berjaya mengubah rentak permainan Sarawak, menampilkan aksi bertenaga dengan melakukan asakan demi asakan. Meskipun berusaha untuk kembali mencari gol, penyerang Terengganu yang diterajui oleh Falcone menemui jalan buntu untuk menembusi benteng pertahanan yang dikawal baik oleh Demerson.

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *