Sarawak Cari Kelebihan Gol Di Tempat Lawan

April 1, Sarawak turun  menentang Terengganu malam ini  dengan misi mencari kelebihan gol untuk dibawa pulang ke Kuching. Biarpun persiapan Sarawak sedikit terjejas ekoran kecederaan Ronny Harun, Sarawak dijangka mampu memperagakan aksi terbaik. Kehadiran semula Hairol untuk menggantikan tempat Ronny memberi sedikit kelegaaan buat benteng pertahanan

Jika mampu menang atau mendapat bekalan gol yang selesa, tugas di Kuching pada 21 April 2017 akan menjadi lebih mudah.

Tempoh rehat yang panjang seharusnya sudah digunakan untuk memperbaiki kelemahan yang sedia ada. Gandingan utama serangan Mark Hartmann – Mateo Roskam sekali lagi menjadi pertaruhan untuk mencari gol-gol penting.

Untuk rekod, Sarawak bermain cukup cemerlang di tempat lawan dan kita harapkan aura positif ini akan berterusan pada malam ini.

 

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *