[Legenda] Undertaker Bersara Dari WWE

Setelah beberapa kali ‘pencen’, lagenda gusti terunggul dunia Undertaker bersara daripada arena gusti setelah tumbang kepada  Roman Reigns di Wrestlemania 33. Meskipun sukan gusti ni lebih dianggap kepada sukan hiburan semata-mata berbanding dengan gusti di Sukan Olimpik, karakter Undertaker sebenarnya banyak mengisi memori penggemar gusti.

 

Watak seperti zombie atau mayat hidup diiringi dengan muzik latarbelakang yang menakutkan, sememanganya akan tetap diingati. Meskipun penampilan pada zaman milenium sedikit berubah, namun Undertaker tetap menjadi pujaan ramai. Mungkin antara perlawanan yang diingati ialah Undertaker v Undertaker, Undertaker v Yokozuna, Undertaker v Kamala dan banyak lagi.

Berusia 52 tahun, sebaya dengan umur pemain-pemain lagenda Sarawak seperti Ramos dan Ramles Sari. Undertaker satu-satunya lagenda dari era 90an yang masih lagi aktif dengan gusti. Undertaker telah beraksi sebanyak 2275 perlawanan, menang 1717 kali dan kalah 91 kali.

Undertaker telah muncul di arena gusti pada tahun 1990 iaitu tahun di mana kali terakhir Liverpool menjuarai Liga Inggeris. Berjaya memegang tali pinggang kategori heavyweight sebanyak 4 kali.

Samada persaraan ini hanya gimik atau sebaliknya, hanya masa akan menentukan segalanya. Namun, menerusi tinjauan di laman sosial membabitkan lagenda ini, persaraan Undertaker kali ini adalah yang ‘benar’.

Selamat bersara Undertaker. We will miss you.

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *