You are here
Home > SSB News

[Badminton]Sokongan Padu Rakyat Sarawak Tambat Hati Dua Jaguh

April 10, Lin Dan secara rasmi dinobatkan sebagai juara perseorangan acara lelaki setelah menewaskan Lee Chong Wei.

Di atas kertas begitulah ceritanya. Namun, bagi rakyat Sarawak kedua-dua pemain ini dianggap sebagai juara. Sejak perlawanan pertama lagi,admin sendiri menyaksikan kedua-dua pemain ini mendapat sokongan padu dari penonton.

Lin Dan sendiri mengakui terkejut apabila penyokong tuan rumah menyokongnya meskipun hadir sebagai status pemain lawan. Manakala Lee Chong Wei menyifatkan kehadiran ramai penonton di stadium sebagai satu tanda aras positif untuk sukan badminton di Sarawak. Beliau juga berharap pihak kerajaan dapat membina stadium yang boleh memuatkan lebih banyak penonton di masa akan datang.

Bagi peminat badminton khususnya di Sarawak, aksi kedua-dua pemain ini mungkin yang terakhir dapat disaksikan di depan mata atas faktor usia.

Sekalung tahniah kepada penganjur dan kerajaan Sarawak atas kejayaan penganjuran. Diharap akan ada banyak lagi sukan bertaraf antarabangsa di bawa ke negeri ini.

Admin SSB

#smashsampeibisak

The Writer …

Mr Scrittore

The Writer …

Leave a Reply

Top