[David Usop]Tiang dan Palang Gol Menjadi Penghalang

April 10, ketua jurulatih Sarawak David Usop pula menyatakan Sarawak telah bermain cemerlang serta menguasai perlawanan sehingga memberi tekanan kepada pasukan Selangor pada perlawanan Sabtu lepas.

Memetik kata-kata beliau dalam sebuah akhbar tempatan, Sarawak boleh memenangi perlawanan pada malam tersebut namun tiang dan palang gol menjadi penghalang kepada percubaan Sarawak

Pada pertemuan menentang Selangor, David Usop membuat kejutan apabila merehatkan tonggak serangan Mark Hartmann di bangku simpanan. Meskipun, berjaya menguasai awal perlawanan dengan dua percubaan menggegarkan palang lawan, corak permainan Sarawak menurun selepas Astafei memberi gol pertama untuk Selangor.

Melihatkan Roskam yang agak berseorangan di depan serta terdesak untuk mencari gol, Mark Hartmann, Shamie dan Hafiz Abu Bakar dibawa masuk untuk menguatkan serangan. Akhirnya berjaya membuahkan hasil apabila Roskam berjaya merapatkan jurang gol.

Foto: CSN Sports Talk

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *