[Liga Super] Presiden FAS Yakin Sarawak Masih Berpeluang

April 10, Presiden FAS Dato Posa Majasis yakin Sarawak berpeluang untuk bangkit memberi cabaran. Memetik kata-kata beliau dalam sebuah akhbar tempatan, Dato Posa percaya ketua jurulatih Sarawak David Usop mempunyai cara untuk meningkatkan prestasi Sarawak. Dato Posa juga mahu para pemain memanfaatkan peluang bertemu Perak pada 15 April 2017 ini.

Sarawak ketika ini menduduki tangga kedua tercorot dengan tujuh mata. Daripada sembilan perlawanan, Sarawak hanya menang dua kali, seri kali dan tewas enam perlawanan.

SSB pula berpendapat, Sarawak perlu segera memperbaiki corak permainan yang boleh dianggap terlalu mudah untuk dipatahkan oleh pihak lawan. Pada jendela perpindahan yang akan datang, disarankan membeli seorang pemain tengah yang berkualiti samada pemain import atau pemain import tempatan.

Foto: CSN Sports Talk

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *