Pemain Jangan Selesa Dengan Kelebihan Yang Ada – David Usop

David Usop mengingatkan para pemain agar tidak terlalu selesa dengan kelebihan yang sedia ada apabila turun melayan kunjungan Terengganu pada suku akhir kedua PIala FA malam ini.Beliau juga mahu pemain bermain dengan bersungguh-sungguh kerana hanya dengan kemenangan Sarawak akan selamat David Usop juga menegaskan kemungkinan Sarawak akan menggunakan corak permainan yang sama seperti menentang Perak.

Sarawak perlukan sekurang-kurangnya seri 0-0 jika ingin ke separuh akhir. Berdasarkan statistik, Sarawak hanya berjaya mendapat sekali clean sheet dan untuk seri 0-0 adalah perkara mustahil melainkan meletakkan 10 pemain bertahan selama 90 minit. Berdasaerkan pemerhatian SSB, Sarawak cukup berbahaya di awal-awal permainan dan berjaya mencari gol awal. Namun, apabila masuk ke tempo pertengahan permainan, barisan midfield tenggelam selain barisan pertahanan kerapkali menerima tekanan. Permainan juga mula kucar kacir apabila penyerang terpaksa ke bawah untuk mendapatkan bola.

Justeru, kelemahan ini perlu segera diperbaiki supaya tidak berputih mata, terutama sekali meletakkan pemain yang betul di bahagian tengah supaya berfungsi dengan baik.

Info: Harry Illias / Utusan Borneo

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *