[Piala FA] Awang Kamaruddin, Abdul Rahim Sandaran Hidupkan Tengah

Dua pemain muda Sarawak, Awang Kamaruddin dan Abdul Rahim sekali menjadi tumpuan malam ini. Dua pemain ini cemerlang dan mendapat pujian penyokong pada perlawanan menetang Perak dan dijangka sekali lagi mendapat kepercayaan daripada jurulatih Sarawak, David Usop.Berdasarkan situasi yang sedia ada, Abdul Rahim dijangka akan terus kekal di posisinya menggantikan Nur Shamie.

Bergantung kepada taktikal jurulatih, Awang Kamaruddin sepatutnya merupakan calon terbaik mengemudi bahagian tengah Sarawak. Bahagian midfield Sarawak perlu berfungsi malam ini, lebih-lebih lagi dengan kehadiran Messi Terengganu yang khabarnya sudah tidak sabar untuk beraksi malam ini.

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *