Shah Alam Antlers FC | Satu tanda aras yang setiap kelab bolasepak boleh lakukan!

Petang semalam Admin telah diberitahu tentang kisah kelab bolasepak Shah Alam Antlers, sebuah kelab lokal dari Selangor. Apabila melihat hasil kerja, progress serta aktiviti yang mereka lakukan ternyata ianya adalah hasil gabungan idea dari -orang-orang yang ada ‘passion’ genuine dengan bolasepak. Lebih dari itu, they are putting the right man at the right place.

Walaupun kelab Shah Alam Antlers FC cuma bertaraf kelab local, tapi lihatlah kemantapan mereka dari sudut marketing:

  • Memiliki Sponsors Sendiri
  • Bakal memiliki website untuk dapat engagement dengan peminat dan followers setia mereka.
  • Memiliki Jersi serta merchandise
  • Ada keahlian kelab (mengikut konsep pasukan Freiburg)
  • Supporters terdiri dari komuniti penduduk Shah Alam
  • JV dengan website semuanyabola.com, jurukamera & bahagian grafik
  • Engagement dengan bekas jurulatih Sarawak/Malaysia iaitu K Rajagopal bagi menyampaikan training kepada jurulatih tempatan.
Website Shah Alam Antlers

Melihatkan standard latihan mereka yang mantap, bekas penyerang Sarawak iaitu Ndumba Makeche turut menjalani latihan bersama dengan kelab Shah Alam Antlers ini.

Ndumba Makeche memastikan tahap kecergasan nya terjaga untuk bersedia pada musim perpindahan pertengahan liga kelak.

Menerusi laman website semuanyabola.com wakil dari pengurusan Shah Alam Antlers FC ada memberikan perkongsian bagaimana sejarah penubuhan, apa cabaran dihadapi untuk dijadikan panduan buat semua pengurusan kelab-kelab kecil di Sarawak.

Kritik di FB tapi tiada inisiatif diri sendiri

Bola sepak tempatan bukanlah satu subjek yang membanggakan peminat bola sepak tempatan sejak akhir-akhir ini. Maka tak hairanlah ia sering menjadi subjek kritikan, cacian dan makian.

Tetapi bak kata orang, kritik itu mudah. Apa pula sumbangan saya selain daripada mengkritik di artikel dan media sosial?

Saya beruntung kerana mempunyai 7 rakan yang berfikiran serupa. Letih mengkritik, kami buat kelab bola sepak sendiri. Maka lahirlah Shah Alam Antlers FC. Seronoknya bukan kemain.

Sumber: Shah Alam Antlers Football Club

Masalah tubuhkan kelab bola sepak

Selepas rasa seronok-seronok dah mula beransur, reality sets in.

Di mana nak cari pemain? Di mana nak cari coach? Di mana nak cari padang bermain dan padang latihan? Macam mana nak tarik sokongan komuniti? Apa strategi nak tarik penaja? Pemain dan coach perlukan gaji. Mana nak cekau duit? Macam mana nak minimumkan kos penggunaan padang?

Anda mungkin fikir semua masalah ini boleh diselesaikan dengan duit. Tapi di sinilah ramai orang – termasuk kami – silap. Ada juga masalah-masalah yang kami tak dapat selesaikan dengan duit.

Bagaimana nak luangkan masa untuk kelab apabila kami sibuk bekerja? Bagaimana nak bekerja dengan 7 individu yang berlainan personaliti? Bagaimana nak menegur mereka jika mereka buat silap? Bagaimana nak memujuk kawan-kawan jika mereka marah?

Ketika inilah kami sedar apa maksudnya ‘mengkritik memang senang, nak buatnya susah’.

Lupakan agenda peribadi, utamakan orang Shah Alam

Semua masalah ini boleh menghancurkan pelan asal penubuhan Shah Alam Antlers jika kami lupa dan abaikan sumber kekuatan kami: penyokong-penyokong Shah Alam Antlers FC.

Ketika kelab tiada modal untuk mencetak t-shirt kelab, penyokonglah yang mengumpul duit sesama mereka untuk dijadikan modal. Apabila t-shirt habis dijual, modal dipulangkan kepada mereka semula. Hasil keuntungan dijadikan dana untuk kelab.

Ketika kelab masih sibuk dengan urusan kontrak pemain, penaja dan pendaftaran liga, penyokong jugalah yang membuat aktiviti community engagement dengan orang-orang Shah Alam lain.

Ketika kelab masih kekurangan staf, penyokonglah yang membantu kelab menjayakan Trial Day yang dihadiri 500 pemain. Merekalah yang mengutip bola, mengangkat barang-barang dan mengemaskan stadium.

 

Masakan kami boleh lupakan mereka! Layakkah kami untuk membatalkan hasrat penubuhan Shah Alam Antlers kerana tiada duit?

Setiap kali kami mempunyai masalah, kami kuatkan semangat.

Tiada padang, kami buat kerjasama strategik dengan pemilik Kompleks Sukan Panasonic Shah Alam; Shoot & Score Sdn Bhd.

Kelab tiada dana, kami keluarkan duit poket kami sendiri. Kami jual kad keahlian, t-shirt dan jersi. Kami dapatkan tajaan daripada syarikat-syarikat yang mempunyai demografik target market yang sama dengan kami.

Semuanya demi warga Shah Alam.

Visi kelab hasil adunan Freiburg, Kashima & Western Sydney

Uniknya Shah Alam Antlers, setiap orang mempunyai idea unik dan bebas mengutarakannya kepada pihak pengurusan kelab.

Ketua Pengarah Eksekutif kami, Ahmad Yani Ismail begitu mengagumi model kelab Bundesliga di Jerman, Freiburg. Beliau memberitahunya dengan terperinci dalam artikel ini (KLIK DI SINI).

Presiden Ahmad Suffian Mamat, Timbalan Presiden Mizal Ghazali dan saya memandang model kelab-kelab J-League di Jepun sebagai rujukan. Antara kelab yang pernah kami lawati adalah Kashima Antlers, Tokyo FC, Tokyo Verdy, Yokohama F Marinos dan Machida Zelvia.

Penyokong kami juga mempunyai rujukan mereka sendiri iaitu Western Sydney Wanderers; kelab berasaskan komuniti Barat Sydney yang baru ditubuhkan tetapi sudah pun bergelar juara AFC Champions League.

Ketika artikel ini ditulis, presiden kami sedang berada di Jepun untuk mencari peluang kerjasama strategik dengan kelab-kelab kecil di sana.

Dalam pada masa yang sama, seorang penyokong kami pula sedang berada di Manchester untuk belajar cara melakukan community engagement dari FC United of Manchester.

Jika dilihat semua kelab-kelab ini, mereka mempunyai banyak persamaan:

  • Mempunyai asas komuniti yang kuat. Aktiviti kelab banyak melibatkan komuniti. Sokongan kelab datangnya dari komuniti.
  • Mengamalkan cara pengurusan kelab yang telus, mampan dan profesional.
  • Memberi kuasa kolektif kepada penyokong dalam pengurusan kelab.
  • Melakukan program pembangunan akar umbi di peringkat komuniti

Freiburg, Kashima Antlers atau Western Sydney Wanderers, kami sedia belajar jika ia memberi manfaat kepada Shah Alam Antlers.

Kerjasama dari pelbagai pihak

Apa yang admin lihat senario bolasepak kita di Sarawak sebenarnya rancak, tapi tidak kelihatan komersial kerana tiada penglibatan dari media.

Kini zaman facebook, website – jika nak dapat liputan dari akhbar anda cuma dapat beberapa perenggan dan satu gambar kecil sahaja. Itu pun kalau gambar clear dan tidak pudar..

Di SSB, kami mempunyai kemahiran dari segi pengurusan blog, ulasan taktikal, team jurufoto dan juga bahagian media grafik. Bukan sekadar memiliki kemahiran seperti di atas – setiap anggota Shoot Sampei Bisak mempunyai passion menyokong sebarang aktiviti sukan di Sarawak khususnya bolasepak.

Sehingga ada yang salah anggap kami ni merupakan media rasmi Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS).

Kami di Shoot Sampei Bisak mengalu-alukan sebarang dialog kerjasama sama ada local club, Kuching FA (Liga FAM) malah FAS sendiri yang nampak agak ketinggalan di belakang dari sudut media sosial.

Kuching FA yang mendapat sokongan direct daripada Ketua Menteri Sarawak sepatutnya melihat perkara ini dengan lebih serius untuk mencipta hype untuk mendapat sokongan padu dari penduduk Kuching. Come and contact us..

Shah Alam Antlers telah buktikan sesuatu kepada kita.. Just follow the route..

Kredit: 

FB Page: Shah Alam Antlers FC

Website: www.semuanyabola.com

 

Ex Sarawak U-14 right winger. I stopped playing football because I’d done as much as I could. I needed something which was going to excite me as much as football had excited me.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *