You are here
Home > Liga Super

Tiada Perancangan Ambil Import Baru-Dato Posa

April 30, Presiden Bolasepak Sarawak Dato Posa Majais menegaskan pihaknya tidak akan mengambil pemain import baru menjelang jendela perpindahan pada 15 Mei ini nanti. Bagi beliau, adalah lebih baik terus mempertaruhkan kudrat pemain tempatan yang dilihat lebih menyerlah daripada pemain import. Keadaan ini juga akan memberi ruang lebih kepada jurulatih David Usop menurunkan lebih banyak pemain tempatan.

Bagaimananpun, menerusi kenyataan kepada Utusan Sarawak, akan ada pemain import sedia ada bakal digugurkan. Keputusan siapa yang bakal digugurkan akan diketahui selepas bermesyuarat pada minggu depan.

Sarawak dijangka akan menggugurkan satu atau mungkin tiga pemain import sekaligus berdasarkan perlawanan yang lepas.

Bagi SSB jika keputusan tidak mengambil pemain import baru tetap akan dilaksanakan, diharapkan ianya tidak dijadikan alasan jika Sarawak terus gagal bersaing di pusingan kedua. Berdasarkan barisan sedia ada, Sarawak perlukan magis di bahagian tengah dan serangan untuk kembali bangkit.

Info: Utusan Sarawak

The Writer …

Mr Scrittore

The Writer …

2 thoughts on “Tiada Perancangan Ambil Import Baru-Dato Posa

  1. Dont agree with the decision lah. How to compete against other teams with imports? Local players so low standard sure sarawak go down this season…habis…

Leave a Reply

Top