Awang Mahyan Sokong Tindakan FAS Tidak Ambil Import Baru

Mei 5, bekas jurulatih Sarawak era Ngap Sayot, Awang Mahyan memberi sokongan penuh keputusan Presiden Bolasepak Sarawak Dato Posa Majais untuk tidak mengambil sebarang pemain import baru menjelang jendela perpindahan pada 15 Mei ini.

Baliau berpendapat tindakan itu tepat dan betul dan percaya Sarawak berada di landasan yang betul jika langkah ini diteruskan. Menerusi kenyataan kepada akhbar tempatan Utusan Borneo Awang Mahyan percaya Sarawak memiliki ramai pemain tempatan untuk diketengahkan sambil memberi contoh kejayaan mara ke separuh akhir Piala Malaysia 1988 di bawah bimbingannya. Awang Mahyan juga yakin Sarawak masih mampu bangkit di bawah bimbingan jurularih Sarawak David Usop pada baki saingan liga.”Buat apa menghabiskan duit dengan pemain import yang gagal membantu skuad?”

Dalam masa yang sama, beliau mencadangkan agar gaji pemain tempatan dinaikkan sebagai langkah untuk memotivasikan mereka.

Sumber/Info: Harry Illias/Utusan Borneo

 

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *