Doakan Kejayaan Kami – Rozaini Romainor

“Doakan kejayaan kami”

Begitulah harapan daripada jurulatih Serian FA, Rozaini Bin Romainor ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching petang semalam sebelum berlepas ke Kuala Lumpur.

Beliau menegaskan persiapan Serian FA kini berjalan lancar seperti biasa sepertimana yang dibuat pada perlawanan yang lepas.

Bersama pembantunya Aloysius Anak Jeris, Rozaini B Romainor berpeluang untuk mencipta sejarah mengikut jejak Shahrizan Sahari yang berjaya membawa Kuching FA menjadi juara pertama Liga Bolasepak Rakyat 2017.

Artikel: SSB

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *