You are here
Home > SSB News

Sasaran Kami Ke Final- Serian FA

Mei 5, Serian FA berlepas ke Kuala Lumpur pada petang semalam untuk misi pertemuan separuh akhir kedua Liga Bolasepak Rakyat 2017 di Bachok, Kelantan pada 6 Mei 2017 ini nanti. Pada perlawanan separuh akhir yang pertama, Serian FA berjaya menewaskan Bachok FA dengan jaringan 2-1 menerusi dua gol oleh Hadera.

Menurut pengurus Serian FA Philip Jabu, tiada sasaran lain melainkan ke perlawanan akhir dan mereka sudah bersedia untuk pertarungan pada Sabtu ini. Beliau juga meminta semua rakyat Sarawak menyokong dan mengikuti perkembangan pasukan itu untuk separuh akhir nanti.

Tegas Philip juga, Serian FA memiliki rekod yang baik apabila beraksi di tempat lawan.

Serian FA berada pada kedudukan terbaik untuk mengulangi pencapaian Kuching FA yang sebelum ini mencipta sejarah selaku juara pertama Liga Bolasepak Rakyat 2016.

Artikel: SSB

 

 

The Writer …

Mr Scrittore

The Writer …

Leave a Reply

Top