[Liga FAM 2017] Kuching FA Temu Sime Darby FC

Mei 14, Kuching FA akan turun beraksi hari ini dengan tugas getir bertemu dengan Sime Darby pada jam 415 petang di Stadium Negeri. Pada perlawanan pusingan pertama, Sime Darby FC menang 1-0 menumpaskan Kuching FA yang hanya beraksi dengan 9 orang pemain.

Barisan jurulatih Kuching FA sudah semestinya mempunyai perancangan terbaik untuk aksi hari ini. Lawan pada petang ini bukan calang-calang pasukan, memiliki rekod penggempur paling berbisa dalam Kumpulan B dengan 13 gol, dan memiliki pertahanan terbaik yang hanya melepaskan 3 gol setakat ini.

Bergantung kepada keputusan perlawanan lain, kemenangan pada petang ini mampu melonjakkan Kuching sekurang-kurangnya di tangga yang ke-3.

Artikel: SSB
Foto: PBMS

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *