Mahadi Razak Julang Serian FA

Mei 14, wira Serian FA malam tadi sudah pastinya Mahadi Razak yang berjaya menjaringkan gol tunggal yang juga gol kemenangan Serian FA pada awal separuh masa kedua. Bersama-sama rakan lain, mereka berjaya mempertahankan kedudukan 1-0 sehingga kekal tamat perlawanan.

Mahadi Razak pemain yang memakai jersi no.11 ini juga menjaringkan satu gol ketika pertemuan separuh akhir kedua di antara Serian FA dan Bachok FA pada minggu lepas.

Serian FA dan Bachok FA akan bertemu sekali lagi untuk penentuan juara Piala Liga Bolasepak Rakyat 2017 pada 21 Mei 2017 di Stadium Negeri Kuching.

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *