Kita Terima Kekalahan Dengan Hati Terbuka – Fazzrudin Abd Rahman

Mei 15, pengurus pasukan Kuching FA Fazzrudin Abdul Rahman dalam temubual semalam menyatakan mereka menerima kekalahan 1-5 di tangan Sime Darby FC dengan hati yang terbuka. Tanpa berselindung beliau juga mengakui Kuching FA melakukan beberapa kesilapan serta kekasaran babak pertama perlawanan sehingga mengakibatkan seorang pemain dilayangkan kad merah.

Fazzrudin menegaskan pihak pengurusan dan jurulatih akan duduk semeja untuk melihat kembali segala kelemahan dan memperbaiki apa yang sepatutnya. Para pemain akan diberi cuti selama dua hari dan kembali semula ke latihan pada hari Rabu untuk memberi ruang kepada mereka meredakan tekanan.

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *