[Piala Belia] Manfaatkan Setiap Peluang – Safri Amit

Mei 17, jurulatih Sarawak Safri Amit mahukan anak-anak buahnya memanfaatkan setiap peluang yang terhidang apabila bertemu Pulau Pinang petang ini. Perlawanan dijadualkan pada jam 445 petang di Stadium Batu Kawan Pulau Pinang.

“Kita yakin dengan kemampuan pemain untuk meraih tiga mata dengan syarat manfaatkan setiap peluang dan mengelakkan kehilangan bola”

Dalam pada itu, beliau juga mengakui setai perlawanan ada tekanan lebih-lebih lagi skuad belia kini mula mendapat perhatian daripada para penyokong Sarawak. Apa yang penting pemain perlu bermain dengan bijak mengikut perancangan yang ditetapkan. Sarawak dijangka menurunkan skuad terkuat dengan tiada pemain yang digantung atau mengalami kecederaaan.

Bergantung kepada keputusan lain, jiak menang Sarawak berpeluang berada di tangga kedua liga. Selepas pertemuan dengan Pualau Pinang, skuad Sarawak akan berkunjung ke Johor Bharu untuk bertemu JDT.

Semoga berjaya !

Artikel: SSB

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *