Syukur Dengan Kemenangan, Pemain Cemerlang Di Babak Kedua – Safri Amit

Mei 17, skuad belia terus mmengganas apabila menewaskan Pulau Pinang 4-2 di Stadium Batu Kawan sebentar tadi. Kedua-dua pasukan terikat 2-2 di separuh masa pertama.

Namun, Amirul dan Adif menambah lagi dua gol buat Sarawak di babak kedua untuk membantu mencatatkan kemenangan 4-2 sekaligus yang ketiga berturut-turut buat Sarawak.

Berikut ialah komen ketua jurulatih Safri Amit ketika ditemubual oleh SSB sebentar tadi,

“Alhamdulillah syukur atas kemenangan. Namun kurang fokus punca Pulau Pinang menjaringkan gol seawal minit ke-3. Kegagalan menyesuaikan diri menyebabkan Pulau Pinang mendapat gol mudah untuk jaringan kedua. Akhirnya di babak kedua, pemain berjaya menguasai perlawanan dan dapat menjaringkan dua gol. Hasil usaha keras, akan mendapat hasil yang diingini.Tapi, masih banyak perkara yang perlu diperbaiki. Seterusnya kita akan fokus pada pertemuan menentang JDT.

Sarawak akan menentang JDT pada 21 Mei 2017 di tempat lawan.

Artikel: SSB

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *