Analisis Perlawanan Piala Presiden Sarawak 1-0 Kedah

Analisis Perlawanan Oleh: Matop SSB
Mei 18,corak permainan keras dan robus berjaya menghasilkan mata penuh kepada pasukan Sarawak petang ini dengan menundukkan pendahulu liga pasukan Kedah 1-0 di Stadium Negeri. Ini merupakan kemenangan ke 3 berturut-turut pasukan tuan rumah setelah mengalahkan pasukan Terengganu minggu lepas. Pasukan pelawat merupakan pendahulu liga dgn 8 kemenangan , 2 seri, 2 kalah serta memoerolehi 26 mata.

Aksi keras dan lasak yang dipamerkan tuan rumah berjaya mengganggu rentak permainan pasukan Kedah. Permainan kerap terhenti kerana kekasaran demi kekasaran berlaku. Pada m32 Kedah terpaksa mengeluarkan permain pertahanan Muhd Nor Fiqrie yang mengalami kecederaan dengan diganti oleh Muhd Fikhri. Pertahanan Sarawak yang di kemudi oleh ketua pasukan dan juga pemain squad senior Sarawak , Rodney Celvin beraksi kental untuk menggagalkan serangan- serangan pasukan Kedah. Sarawak juga berjaya membuat berberapa cubaan ke pintu gol Kedah dengan Rahman, Filemon dan Rodney namun gagal menepati sasaran. Aksi separuh pertama juga menyaksikan pemain tuan rumah di layangkan kad kuning iaitu kepada Hidayat, Rahman dan Ammar.
Keputusan Separuh masa pertama:
Sarawak 0 – 0 Kedah
Sarawak menggandakan aksi lasak pada separuh masa kedua. Rentak permainan pasukan Kedah nyata terganggu dengan pemain-pemain mereka hilang bola dgn agak mudah bila di asak oleh pemain tuan rumah. Berberapa percubaan jarak jauh mereka juga digagalkan oleh penjaga gol Sarawak, Andy Nicholas. Sarawak membuat pertukaran pemain dengan memasukan Mohd Nazri Daud dan Awang Iskandar serta mengeluarkan Ammar dan Norazizi. Kedah juga mengeluarkan Mohd Fa’es yang tercedera dengan memasukkan Mohd Amin pada minit ke 73.
Pada minit ke 85, pemain gantian Mohd Nazri berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan di mana percubaan nya terkena permain Kedah serta terus menewaskan penjaga gol lawan, Muhd Asri.
Jurulatih Sarawak memperkuatkan barisan pertahanan dengan memasukkan pemain pertahanan, Fakrur Izzat dan mengeluarkan penyerang Filemon. Pengadil menambah 4 minit masa tambahan. Kedah menggandakan serangan mereka untuk menyamakan kedudukan namun pasukan tuan rumah berjaya bertahan hingga ke wisel penamat perlawanan.
Keputusan penuh: Sarawak 1 Kedah 0
Statistik perlawanan:
Sepakan percuma: 4
Sepakan sudut:2
Kad Kuning: 4(Hidayat, Rahman, Ammar, Fakrur)
Percubaan: 4(on target), Tersasar (3)
MOTM: Rodney Celvin
Rating pemain:
Andy -7
Rodney-8
Hidayat-7.5
Rahman-7
Fazarul-6
Norazizi-6
Jimmy-7
Amar-6
Filemon-6
Ricky-6
Alby-6
Subs:
Mohd Nazri-6
Awang-5
Fakrur-5

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *