[Liga FAM] Kuching FA Mahu Bangkit Cari Kemenangan

Mei 20, igauan kekalahan besar 1-5  kepada Sime Darby pastinya mahu dilupakan oleh para pemain Kuching FA. Mereka akan turun sekali lagi hari ini beraksi di tempat sendiri bertemu Syarikat Air Melaka Berhad Football Club (SAMB) pada jam 415 petang di Stadium Negeri.

Bagi penolong jurulatih Shahrizan Sahari, perlawanan petang Sabtu ini sangat penting untuk sasaran tiga mata penuh kerana Kuching FA sudah dua perlawanan tercicir mata penting.

“Pemain sudah bersedia cuma Ahmad Shakri saja yang tidak dapat bermain kerana kad merah pada minggu lepas. Diharap semua perancangan yang diatur menentang SAMB menjadi. Fokus dan mentalitit pemain harus kuat untuk mengharungi perlawanan-perlawanan lain selepas ini.”

Artikel: SSB

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *