Match Report Kuching FA 1-0 SAMB

Oleh: Matop SSB

Mei 20, aksi sepak terajang mencacatkan perlawanan hebat diantara pasukan Kuching DA dengan SAMB FC petang ini di Stadiun Negeri. Perlawanan tersebut di menangi oleh pasukan Kuching FA 1-0 hasil jaringan Nazaruddin Bohri pada minit ke 52.

Kedua-dua pasukan beraksi hebat pada separuh masa pertama dengan saling serang menyerang namun gagal menjaringkan gol.

Keputusan separuh masa:

Kuching FA 0 SAMB FC 0

Insiden hangat tersebut tercetus pada minit ke 80 perlawanan, apabila seorang pemain pertahanan SAMB FC menyiku pemain Kuching FA, Shahfitri Salim di dalam kotak penalti. Sungguhpun beliau memprotes , namun tidak di endahkan oleh pengadil perlawanan, Khairul Syhisami. Beliau bertindak memijak muka pemain tersebut yang masih terbaring di atas padang. Tindakan beliau mencetuskan kekecohan yang cuba di tenangkan oleh pegawai perlawanan dan juga pemain-main lain. Namun seorang pemain SAMB FC bertindak balas hingga mencetuskan aksi terajang di antara pemain-pemain kedua-dua pasukan. Pemain SAMB FC yang tercedera dimuka, berlumuran darah, di kejarkan ke sebuah hospital.

Selepas keadaan reda, pengadil melayangkan kad merah kepada 3 pemain Kuching FA, iaitu Shahfitri, Razziman dan Rafiezan serta seorang pemain SAMB FC. Sungguhpun Kuching FA bermain dengan hanya 8 pemain mereka berjaya bertahan hingga wisel penamat.

Keputusan perlawanan:

Kuching FA 1 SAMB FC

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *