Barisan Pertahanan Cemerlang – Safri Amit

Mei 22,  meskipun beraksi di tempat lawan, skuad Belia Sarawak berjaya mencuri satu mata penting apabila seri 0-0 dengan JDT IV petang semalam.

Keputusan seri tersebut meletakkan Sarawak berada di tangga ketiga liga. Yang menariknya daripada 10 buah pasukan di dalam Kumpulan A, Sarawak memiliki rekod pertahanan terbaik.

Menurut jurulatih Sarawak Safri Amit perlawanan kedua-dua pasukan adalah seimbang. Pujian diberikan kepada barisan pertahanan yang berjaya mengekalkan disiplin ketika diasak lawan di samping berjaya mengikuti segala perancangan.

Pemain – pemain akan diberi cuti pada 24 Mei dan akan kembali menjalani latihan pada 5 Jun.

Sarawak memiliki baki 4 perlawanan, dua di tempat sendiri dan dua di tempat lawan.

Artikel : SSB  Foto: JST

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *