[Serian FA] Kegagalan Bukan Penamat Segala-Galanya

Mei 22, suasana suram menyelubungi kem Serian FA sebaik sahaja berakhirnya perlawanan akhir pada malam tadi. Suatu situasi hanya dapat difahami oleh mereka yang berjuang dari awal sehingga ke akhir.

Walaupun perit untuk diterima namun itulah bolasepak yang kadangkala cukup kejam untuk diterima kenyataan. Serian FA turut dengan bekalan 1-0, terus selesa apabola mendahului dengan aggregat 2-0. Tanpa menyalahkan sesiapa, keadaan berubah apabila perancangan tidak seperti yang diharapkan.

Kekalahan semalam bukan lah titik noktah kepada perjuangan Serian FA, kerana mereka sudah mendapat satu lagi peluang untuk beraksi di Liga FAM. Peluang untuk membuktikan kemampuan di peringkat yang lebih tinggi.

Bagi penyokong-penyokong Sarawak yang mengikuti rapat perkembangan Liga Bolasepak Rakyat 2017 pastinya mengakui perjalanan dan cabaran pasukan yang bertaraf amatur seperti Serian FA cukup epik dan layak diberi penghargaan.

Artikel: SSB

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *