[Video] Tears Of Rome, Francesco Totti Ucap Selamat Tinggal

https://www.youtube.com/watch?v=VHkeF-sOJ-M

 Tarikh 28 Mei merupakan hari terakhir buat bintang bolasepak AS Roma Francesco Totti beraksi di padang. Selepas 25 tahun mengabdikan diri di Olimpico ,Totti secara rasmi mengumumkan persaraanya dari dunia bolasepak pada usia 40 tahun. Bagi yang mengikuti rapat perkembangan Serie A sudah pastinya mengakui betapa Totti memiliki aura yang cukup besar bukan sahaja kepada penyokong mereka bahkan juga kepada lawan.

Totti sendiri tidak mampu untuk menahan tangisannya  serta masih belum bersedia untuk menerima hakikat segala-galanya telah berakhir.

Totti bersama keluarganya mengeliling Olimpico diiringi tangisan oleh para penyokong setia mereka yang seakan-akan tidak merelakan persaraannya.

Bersama AS Roma, Totti yang juga mendapat gelaran ‘one man club’ berjaya membantu AS Roma menjadi juara Seria A pada musim 200/2001, dua trofi Coppa Italia. Sepanjang kariernya, dia beraksi sebanyak 785 perlawanan serta menyumbangkan 307 gol.

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *