You are here
Home > History

Sejarah Piala Borneo 1960 – 1988

Piala Borneo merupakan satu kejohanan yang cukup popular sekitar tahun 1970-1980an yang melibatkan tiga buah pasukan iaitu Sarawak, Sabah dan Brunei. Piala ini kali pertama dipertandingkan pada tahun 1962 dimana North Borneo (Sabah) telah muncul sebagai juara. Manakala Brunei muncul juara pada edisi yang terakhir tahun 1988.

Sabah muncul sebagai juara sebanyak 13 kali, Sarawak 6 kali dan Brunei sebanyak 4 kali. Sarawak muncul juara Piala Borneo pada 1965, 1966, 1969, 1982, 1983 dan 1986.

Kredit: Rakan BestNye Sarawak

Menerusi carian di wikipedia, Kejohanan Bolasepak Borneo pada asalanya hanya dimainkan oleh pegawai-pegawai British di Borneo dan dipertandingkan oleh tiga wilayah British bagi merapatkan hubungan kerjasama antara mereka. Page Rakan Bestnye Sarawak pernah berkongsi satu gambar yang memaparkan kenangan Piala Borneo yang melibatkan Sarawak dan Sabah pada tahun 1958. Antara pemain yang beraksi pada waktu itu ialah A. Madison (Jurulatih) Abu Bakar Epoh, Eddy Suhaili (Penjaga Gol), Wan Hussein, Salleh Embai (Pengurus Pasukan) Trumalay, Ibrahim Tambi, Joseph Chua Tamby, James Janting, Adenan Sulaiman, Abu Nawas, Terance Maurice Janting (Kapten) dan Awang Bakar

Seterusnya catatan rasmi menunjukkan Piala Borneo ditubuhkan pada tahun 1962 sebagai perintis penyatuan kepada pembentukan Persekutuan Kalimantan Utara. Namun penyatuan dan pembentukan Persekutuan Kalimantan Utara gagal kerana tidak menarik minat dan tidak mendapat sokongan dari Kerajaan British.

Pada tahun 1977, Juara Piala Borneo iaitu Sabah telah ditawarkan slot ke Piala Malaysia, manakala Sarawak dan Brunei ditawarkan ke slot Piala Razak (Piala Bunrley). Piala Burnley pula asalnya telah diperkenalkan pada tahun 1962 khusus untuk pemain-pemain yang berusia bawah 19 tahun sebelum dinaikkan had usia kepada 20 tahun. Pada tahun 1973, nama pertandingan bola sepak Piala Burnley telah ditukar kepada nama yang baru iaitu Piala Razak, sempena nama Tun Abdul Razak. Piala Razak kini mungkin sudah tiada lagi namun kesinambungannya diteruskan oleh kejohanan Piala Belia dan Piala Presiden.

Piala Borneo menemui titik noktahnya apabila Liga Semi Pro ditubuhkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia pada tahun 1989 di mana Sarawak dan Sabah secara rasmi diterima bertanding. Manakala, Singapura dan Brunei pula dijemput selaku pasukan jemputan.

Kini hampir 30 tahun Piala Borneo telah berakhir, namun sebahagian peminat berkeinginan untuk menyaksikan piala ini dihidupkan kembali membabitkan pasukan bolasepak senior Sarawak, Brunei, Sabah dan juga pasukan dari Kalimantan. Setidak-tidaknya sebagai satu landasan atau inisiatif mengukuhkan tali persaudaraaan antara negeri dan negara di Kepulauan Borneo. Pada masa kini terdapat usaha mewujudkan Piala Borneo namun lebih kepada penyertaan kelab-kelab untuk pelbagai jenis sukan.

Update:
Menerusi perkongsian daripada Faiz Mohd menerusi blog Kelab Jersi Kite, Piala Borneo telah dimulakan pada tahun 1960.
While SAFA was being planned after the Goode Cup preliminaries got under way, the question of introduction of the Borneo Cup for inter-territorial competition between Sarawak, Brunei and Sabah was mooted on 12 April 1960 and a beautiful trophy put up by Borneo Company made its appearance. As NBAFA was already formed, the team headed by Mr Lee Yun Shu went to Sarawak for the first Borneo Cup match. Unfortunately, the White Rajahs (Sarawak) team won the first Borneo Cup on 29 October 1960 and retained the Borneo Cup trophy in 1961 too. NBAFA managed to win the Borneo Cup later on 1962.

P/S: Kami mengalu-alukan pembetulan fakta sekiranya ada atau perkongsian kisah Piala Borneo daripada anda semua.

Artikel: SSB
Kredit: Che Din / Rakan BestNye Sarawak

 

The Writer …

Mr Scrittore

The Writer …

3 thoughts on “Sejarah Piala Borneo 1960 – 1988

  1. Saya sukacita mengalu alukan hidup semula kerana terdapat semangat perpaduan satanah persaudaraan, muga2 berjaya di tubuhkan semula,

  2. Ada percanggahan fakta dan berharap penulis boleh mengkaji dgn teliti lagi. Dalam gambar Sarawak menang Piala Borneo 1958, tetapi Piala Borneo dikatakan bermula pada tahu 1960. Untuk maklumat, penulis boleh interview pemain yang terlibat dalam tahun 1958 kerana ada antara pemain tersebut masih ada sekarang.

    1. Terima kasih atas feedback. Sebelum 1960 memang sudah ada Piala Borneo, cuma catatan rasmi dibuat mulai 1962. Apapun, kita akan perbaiki mana2 fakta yang tidak selari atau perlukan pembetulan …

Leave a Reply

Top