[Khidmat Masyarakat] Titipan Sinar Harapan Untuk Adra Medina

Di bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan dan ganjaran ini sama-sama kita hulurkan bantuan seikhlas hati kepada adik Adra Medina. Adik Adra Medina merupakan anak kedua kepada ahli PFA Malaysia dari Perlis iaitu Alafi Mahmod. Adik Adra yang berusia 48 hari kini menghadapi dugaan yang cukup besar apabila disahkan menghidap penyakit jantung berlubang.

Adik Adra memerlukan dua kali pembedahan dan kos rawatan susulan yang mencecah RM100,000.  Semoga dengan bantuan ini, sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan saudara Alafi.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai sumbangan kepada Adra, anda boleh menghubungi Cik Hanani di talian 017-722 0864 dan Syamil Rosli di 014-548 7034.

Semoga dipermudahkan segala urusan Alafi dan keluarga serta adik Adra Medina cepat sembuh. Amin yaraballamin ..

Info/Foto: PFA Malaysia

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *