[Piala Malaysia 2017] Wajib Menang Temu Selangor Jika Ingin Terus Bersaing

Kami bawakan anda jadual penuh Piala Malaysia 2017 yang melibatkan pasukan Sarawak:

[04/07/2017] JDT (4-0) Sarawak 
[08/07/2017] Sarawak v Selangor
[18/07/2017] Sarawak v Terengganu
[29/07/2017] Sarawak v JDT
[02/08/2017] Selangor v Sarawak
[09/08/2017] Terengganu v Sarawak

Bagaimana pula peluang Sarawak ?

Advantage di tempat sendiri harus digunakan dengan sepenuhnya. Perlawanan no.2, no.3  dan no.4  secara berturut dimainkan di tempat sendiri dan Sarawak wajib mendapat mata penuh. Ini kerana perjalanan pada pusingan kedua agak berliku serta tekanan agak tinggi jika membabitkan persaingan mata yang rapat. Di tempat lawan kita perlu mengelakkan kehilangan mata apabila bertandang ke Selangor dan Terengganu, sekurang-kurangnya berjaya mencuri satu maat di setiap venu.

 

Ini adalah jangkaan kami untuk perlawanan Piala Malaysia, bagaimana pula jangkaan anda ?

  1. JDT v Sarawak
    • Peluang 50-50
    • Seri sudah cukup baik
    • Jangkaan: Seri
    • Keputusan: Tewas
  2.  Sarawak v Selangor
    • Peluang 60-40
    • Wajib menang untuk buka ‘jalan’
    • Jangkaan: Menang
  3. Sarawak v Terengganu
    • Peluang 60-40
    • Tidak ada alasan untuk tidak menang menentang pasukan Liga Perdana
    • Jangkaan: Menang
  4. Sarawak v JDT
    • Peluang 50-50
    • Kita tidak pernah menang atau seri bertemu JDT di tempat sendiri, mungkin ini kali lah sekurang-kurangnya satu mata
    • Jangkaan: Seri
  5. Selangor v Sarawak
    • Peluang 50-50
    • Intensiti perlawanan bergantung kepada kedudukan mata, jalan sukar jika Selangor perlukan menang
    • Jangkaan: Seri
  6. Terengganu v Sarawak
    • Peluang 50-50
    • Perlawanan ini boleh jadi sekadar pelengkap jadual atau penentu slot terakhir
    • Jangkaan: Seri

Jumlah mata sasaran 10 mata

Artikel:SSB

Info: Jadual tertakluk kepada perubahan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *