Siapa Bakal Juara UCL 2017 ? Real Madrid atau Juventus ?

Jun 3, pasukan manakah yang anda inginkan untuk bergelar juara Liga Juara Eropah musim 2016/2017 ?

Jika di Malaysia, komuniti fan base kedua-dua pasukan ini mungkin tidaklah sebesar penyokong kelab seperti Manchester United. Chelsea, Liverpool dan sebagainya. Namun, perlawanan akhir piala berprestij ini tetap menjadi tumpuan.

Bagi kami, perlawanan ini lebih kepada pertembungan jentera serangan terhebat (Real Madrid) bertemu dengan pertahanan yang paling kebal di Liga Juara Eropah musim ini iaitu Juventus.

Tumpuan pastinya kepada Christiano Ronaldo, dengan rekod 103 gol di UCL termasuk 10 gol pada musim 2017, Mencari satu lagi gol untuk muncul penjaring terbanyak UCL 2017 yang masih dipegang Messi dengan 11 gol.

Manakala Buffon pula selaku penjaga gol lagenda Juventus memiliki rekod 47 clean sheets sepanjang aksinya di UCL. Untuk musim ini daripada 12 perlawanan hanya melepaskan gol dalam tiga perlawanan menentang Monaco, Sevilla dan Lyon.

Ronaldo dan Buffon pernah berdepan sebanyak 4 kali dan yang menariknya Ronaldo sentiasa berjaya menjaringkan gol dalam setiap pertemuan.

Selain daripada pertembungan Ronaldo dan Buffon, turut menarik perhatian ialah Marcelo v Dani Alves, Isco v MiralemPjanic/Sami Khedira, dan Gonzalo Higuain v Sergio Ramos.

Perlawanan ini boleh disaksikan pada  4 Jun 2017, jam 2:45 pagi di Astro SuperSports 3 CH816/ CH834 HD.

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *