[Video] Aksi Final UCL 2005 Liverpool – AC Milan Antara Yang Terhebat

Menjelang perlawanan akhir Liga Juara Eropah musim 2016/2017 di antara dua gergasi Real Madrid dan Juventus yang bakal berentap awal pagi Ahad, ada baiknya kita lihat final mana yang boleh dianggap paling dikenang dalam sejarah. Bagi para peminat, dua final yang boleh dianggap epik ialah pertemuan Manchester United-Bayern Munich dan Milan-Liverpool.

Untuk siri pertama kita bawakan dulu pertembungan Milan-Liverpool yang juga mendapat gelaran Keajaiban Istanbul.

Ketika ramai penyokong di Malaysia sudah melelapkan mata selepas kecewa melihat keputusan di separuh masa pertama, Liverpool bangkit di separuh masa kedua menghasilkan satu keajaiban yang paling dikenang dalam sejarah apabila menjuarai Piala Eropah pertama mereka dalam tempoh 27 tahun

Siapa mampu menduga ketinggalan 0-3, dalam tempoh 6 minit sahaja Liverpool berjaya menyamakan kedudukan di minit ke-54, 56 dan 60 menerusi gol dari Steven Gerrard, Vladimír Šmicer dan Xabi Alonso.

The Reds menyelesaikan kejayaan hebat mereka dengan penentuan sepakan penalti, di mana kapten mereka Steven Gerrard menganggap pengalaman itu sebagai yang terbaik dalam hidupnya apabila menjulang piala berprestij itu.

Artikel:SSB

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *