[Video] Kebangkitan Epik Manchester United Di Final UCL 1999

 

Pada siri ini, kita bawakan pula kejayaan Manchester United di final 1999 yang turut dilabel antara ‘greatest comeback’ dalam sejarah Liga Juara Eropah. Pada final 2005, Liverpool perlukan 6 minit untuk meranapkan impian AC Milan, Manchester United pula hanya perlukan tiga minit di penghujung perlawanan untuk membuat pemain Bayer Munich menangis.

Jika perlawanan Liverpool-Milan disebut sebagai “Miracle of Istanbul”, perlawanan ini pula mendapat gelaran “The Final 3 Minutes”

United berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara edisi 1998/99 buat kali pertama selepas 31 tahun. Di final tersebut, Bayern dibarisi pemain-pemain berpengalaman dalam skuad mereka seperti Markus Babbel, Stefan Effenberg, Oliver Khan, Elber, Lothar Matthaus, Mario Basler, Sammy Kuffour dan Scholl. United tidak pula kurang hebatnya, bersama pengurus tersohor  ALex Ferguson mereka tampil dengan Peter Schmeichel, David Beckham, Ryan Giggs, Andy Cole, Jaap Stam dan sudah pun memenangi Liga Premier dan dan Piala FA.

Di dada akhbar British terpampang tajuk One down, two to go yang mahukan United memenangi piala paling berprestij di bumi Eropah.

Namun, di padang tidak semuanya berjalan seperti dirancang. Ketika masih mencari rentak United sudah pun ketinggalan 0-1 seawal minit keenam Mario Basler menjaringkan gol menerusi sepakan percuma. Kedudukan 0-1 itu kekal sehingga 90 minit masa sebenar dan gergasi Jerman itu memang seakan pasti menjulang kejuaraan. Bahkan bintang tengah mereka pula, Matthaus  sudah pun merayakan kemenangan di bangku simpanan selepas dikeluarkan,

Di penghujung perlawanan inilah bermulanya detik yang dikenang sebagai ‘The Final 3 Minutes’ apabila pemain gantian, Teddy Sheringham menjaringkan gol penyamaan di masa kecederaan (90+1).Belum pun reda kejutan gol penyamaan United, Bayern terpaku sekali lagi apabila Ole Gunnar Solskjaer menjaringkan gol kemenangan seminit selepas itu. Sekaligus memberikan United kejuaraan Liga Juara-Juara dan melengkapkan treble selepas memenangi Liga Premier dan Piala FA.

Artikel:SSB

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *