3 Perkara Tentang Final UCL 2017 Real Madrid 4-1 Juventus

Juventus berjaya menguasai awal perlawanan dengan beberapa percubaan yang berbahaya, namun segalanya bertukar corak di separuh masa kedua. 3 perkara kita belajar daripada perlawanan ini.

Christiano Ronaldo: Penyerang Paling Berbisa Dunia
42 gol daripada 46 perlawanan, dan 105 gol keseluruhan pada Liga Juara Eropah. 10 gol daripada 5 perlawanan terakhir termasuk di suku akhir, separuh akhir dan perlawanan akhir menentang Bayern Munich, Atletico Madrid dan terkini Juventus. Lupakan seketika peranan Ronaldo di posisi sayap kiri, pemain ini adalah penyerang sejati yang memiliki ‘naluri pembunuh’. Gol di perlawanan akhir ini membolehkan Ronaldo menyamai rekod Alfredo De Stefani, menjaringkan gol di tiga perlawanan akhir berbeza Liga Juara Eropah iaitu menentang Chelsea, Atletico Madrid dan Juventus.

Zinedine Zidane Cipta Sejarah Liga Juara Eropah
Zidane muncul pengurus pertama dalam tempoh 27 tahun yang berjaya mengekalkan kejuaraan Liga Juara Eropah selepas era Arrigo Saachi (1990). Mungkin ada yang berpendapat sesetengah perlawanan Real Madrid dibantu dengan nasib, tapi untuk malam ini sememangnya milik Zidane.Perubahan taktikal di separuh masa kedua membolehkan Real Madrid menjadi ‘cukup berhantu’ dengan tambahan tiga gol.  Dinamakan sebagai pengurus baru Real Madrid pada 4 Januari 2016, bersama Zidane, Real Madrid sudah pun memiliki piala LaLiga 2016/2017, UEFA Super Cup Winner 2016/2017 ,Piala Dunia Kelab 2016 dan Liga Juara Eropah 2016.

Jaringan Hebat Oleh Mario Mandzukic
Satu-satunya pengubat duka buat Juventus ialah pengiktirafan kepada gol luarbiasa Mandzukic yang boleh dianggap antara yang terhebat dalam sejarah perlawanan akhir Liga Juara Eropah moden. Penyerang Croatia itu berjaya melakukan sepakan akrobatik yang cukup sempurna di depan ribuan penyokong di Stadium Principality membuatkan Zinedine Zidane sendiri tersenyum menyaksikannya.

Berikut adalah senarai penjaring gol hebat dalam aksi perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah sejak diperkenalkan pada tahun 1992.
1994:Dejan Savicevic: AC Milan 4-0 Barcelona
1997:Alessandro Del Piero: Borussia Dortmund 3-1 Juventus
2000:Steve Mcmanaman: Real Madrid 3-0 Valencia
2002:Zinedine Zidane: Bayer Leverkusen 1-2 Real Madrid
2011: David Villa: Barcelona 3-1 Manchester United

Artikel: The Writer SSB

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *