Real Madrid Juara Liga Juara Eropah 2017

Jun 4, Juventus yang bangga dengan rekod pertahanan hanya bolos tiga kali daripada 12 perlawanan UCL 2017 akhirnya rebah di kaki Real Madrid. Real Madrid menang bergaya apabila membelasah lawan dengan jaringan 4-1 menerusi jaringan Cristiano Ronaldo (min 2o, 64), Casemiro (min 61) dan Marco Asensio Willemsen (min 90).

Buffon sekali lagi terpaksa akur kehebatan Ronlado pada pertemuan peribadi kali kelima mereka bedua apabila gagal menghalang Ronaldo membolosinya. Dua gol pada perlawanan ini menobatkan Ronaldo selaku penjaring gol terbanyak Liga Juara Eropah 2017 dengan 12 gol mengatasi Lionel Messi yang memiliki 11 gol.

Kemenangan ini sekaligus menjadikan Real Madridi pasukan pertama di UCL yang berjaya mempertahankan kejuaraan sebelum ini.

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *