Tunku Mahkota Johor Biayai Pembedahan Adra Medina

Jun 5, menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh laman facebook PFA Malaysia, Tunku Mahkota Johor, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan menampung keseluruhan kos pembedahan pertama adik Adra Medina yang dijadualkan pada hari Sabtu ini (10 Jun 2017) di Institut Jantung Negara (IJN).

Pihak PFA Malaysia juga mengucapkan terima kasih kepada semua penderma yang memberi sumbangan kepada Adik Adra Medina dan akan menutup kutipan ini oleh kerana dana yang dikumpulkan sudah mencukupi.

Info/Foto: PFA Malaysia

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *