Manchester United Kelab Bolasepak Paling Bernilai Di Eropah

                       Oleh Wan Mohd Firdaus, 1 Jun 2017 (Sumber: @malaysia1news)

Buat kali pertama dalam tempoh 5 tahun, Manchester United muncul sebagai kelab bolasepak paling bernilai di Eropah dengan nilai $3.69 billion walaupun sekadar berada di tangga keenam Liga Inggeris pada musim ini.

Berdasarkan kajian oleh sebuah syarikat perkhidmatan swasta KPMG, United berjaya mendapat keuntungan sebanyak $765 juta mengatasi Real Madrid dan Barcelona.

Kajian ini melibatkan analisis nilai dari segi keuntungan, hak penyiaran, populariti, pemilikan stadium dan potensi.

Dalam senarai 10 kelab terkaya dunia, sebanyak enam buah kelab dari Liga Inggeris berada dalam kedudukan sepuluh terbaik.

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *