Farizal Marlias Digantung Dan Didenda

Penjaga gol Jdt, Mohd Farizal Marlias digantung setahun dan didenda USD 40,000 (lebih kurang RM175,000) oleh Persatuan Bolasepak Asia (AFC) setelah bertindak menolak pengadil dalam perlawanan Piala AFC antara Ceres Negros FC (PHI) dan Johor Darul Ta’zim (MAS) pada 31 Mei yang lalu.

Penggantungan Farizal akan berkuatkuasa pada 9 Jun 2017 dan berakhir pada 8 Jun 2018 manakala beliau dikehendaki menyelesaikan bayaran denda dalam tempoh 30 hari.

Jurulatih Johor Darul Ta’zim, Benjamin Mora turut didenda USD7,000 (lebih kurang RM28,800) kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pegawai perlawanan.

Gambar : Johor Southern Tigers

There is only you and your camera. The limitations in your photography are in yourself, for what we see is what we are.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *