Sarawak Bakal Dipotong Mata ?

Jun 9, menurut satu laporan dari akhbar tempatan Utusan Sarawak (9 Jun 2017). skuad Sarawak bakal berdepan kehilangan enam mata jika gagal melunaskan tuntutan gaji serta masalah pertikaian kontrak membabitkan beberapa pemain pada musim lepas.

Menurut sumber akbar berkenaan, masalah ini timbul ekoran tindakan beberapa pemain mengemukakan aduan kepada FLLMP. Sumber tersebut juga berpendapat situasi ini tidak adil kepada pengurusan sedia ada  kerana isu berkenaan seharusnya menjadi tanggungjawab pihak yang sebelumnya. Bagaimanapun, usaha akan dilakukan untuk memastikan jalan penyelesaian serta tidak mengganggu persediaan pasukan.

Pada Februari 2017, Sarawak telah diarahkan untuk membayar sejumlah besar pampasan kepada beberapa orang pemain ekoran penamatan kontrak berat sebelah.

Kami juga difahamkan seorang pemain import musim 2016 masih lagi belum selesai tuntutannya walaupun sudah menanti hampir 7 bulan. Beliau juga difahamkan sudah melaporkan kes tuntutannya kepada pihak bewajib.

Sebelum ini, Sarawak tidak berada di dalam senarai pasukan yang berdepan dengan tindakan dan ancaman pemotongan mata oleh FLLMP Situasi terkini pastinya memberi sedikit tekanan kepada survival Sarawak di dalam liga super kerana masih berada di dalam zon bahaya. Sarawak kini mengumpul 11 mata selepas 13 perlawanan dan diekori rapat oleh Melaka (11 mata) dan Pulau Pinang (6 mata).

 

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *