[Badminton] ‘Sifu’ Kembali Latih Skuad Perseorangan Lelaki Negara

“Banyak kali dia datang, tujuh atau lapan kali datang berjumpa saya. Apabila anak sudah minta tolong, sudah pasti bapa akan tolong.

“Jadi saya terima permintaannya kerana dia sudah macam anak saya, saya nampak kesungguhannya dan atas sebab itu saya terima,”

Itulah pendedahan legenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek yang mengakui kepulangannya ke Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai ketua jurulatih perseorangan negara adalah di­sebabkan oleh Datuk Lee Chong Wei.

Misbun meninggalkan BAM pada tahun 2011 dan akan kembali melatih skuad perseorangan lelaki negara pada awal Julai nanti.

 

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *