Jodoh Zlatan Ibrahimovic dan United Berakhir ?

Jodoh penyerang prolifik Zlatan Ibrahimovic dan Manchester United bakal menemui jalan penghujung apabila nama pemain tersebut dimasukkan di dalam senarai pemain untuk dilepaskan. Peraturan di Liga Perdana Inggeris menyatakan semua kelab mesti menyerahkan senarai nama perpindahan(transfer list) pada minggu ketiga setiap bulan Mei.

Transaksi jual beli pemain di Liga Perdana Inggeris berlangsung dua kali iaitu 1 Julai – 1 September dan 1 Januari – 31 Januari.

Kontrak Ibrahimovic bersama Manchester United akan berakhir pada 30 Jun dan dan belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada kedua-dua pihak berhubung spekulasi terkini.

Bersama Manchester United, Ibrahimovic berjaya menyumbat 28 gol dan gergasi Itali, AC Milan dikatakan berminat untuk mendapatkan pemain ini.

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *