[Video] Aksi Ronaldo Luís Nazário de Lima Di Usia 40 Tahun

Perlawanan persahabatan membabitkan bintang-bintang yang bertaraf legenda sememangnya dinanti-nantikan oleh para fanatik dan pemuja mereka apatah lagi jika sudah lama tidak beraksi.

Seperti mana kehadiran lagenda Ngap Sayot pada awal tahun ini di Sarawak yang berjaya menarik perhatian ramai peminat.

Pada 11 Jun 2017, telah berlangsung membabitkan dua pasukan yang terdiri dari Real Madrid Legends  bertemu Roma Legends yang berjaya menarik kehadiran 67 000 penonton di Bernabeu.

Sudah pastinya kehadiran Ronaldo yang ‘original’ atau Ronaldo Luís Nazário de Lima paling mencuri tumpuan. Meskipun saiz nya sudah berubah ke XXL namun Ronaldo berjaya beraksi selama 33 minit dengan beberapa sentuhan yang tidak kurang hebatnya sebelum dikeluarkan.

Real Madrid Legends berjaya menewaskan Roma Legends dengan jaringan 4-0 menerusi gol Morientes (2 gol), Luis Figo dan Congo,

 

 

The Writer …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *